Catatan Popular

Selasa, 26 Oktober 2010

rindu

ermmm.....entah knp....aku masih lagi setia menanti dirinya...aku mengharapkan dia masih lagi memberi aku peluang untuk aku kembali padanya....aku tidak kuat untuk hadapi perpisahan ini...terlalu sayu atyku untuk menerima semua ini kembali...knp ini semua harus terjadi?? apakah kesilapan aku membuatkan dirinya semakin benci kepada diriku...aku cuba untuk menjernihkan keadaan namun sebaliknya pula yang berlaku..

aku memang cintakan dia...seikhlas aty aku...tapi kini kasih dan sayangnya bukan untuk aku lagi...dia tidak lagi sudi menerima diri ini lagi...biarpun kata2nya seakan2 ada harapan untuk aku kembali padanya namun aku tahu atynya amat sukar untuk menerima aku kembali.....tapi kenapa dia xnak bagi aku peluang untuk aku memperbetulkan keadaan...mungkin hubungan ini boleh diperbaiki lagi...aku sangat mengharapkan kehadiran dia dalam hidup ini...

i need him
i luv him
i miss him...

:'(

Sabtu, 23 Oktober 2010

cinta aq...(bab 1)

kali pertama aku merasai cinta...aku sendiri tidak pasti cinta ini wujud dalam diri aku...jika sebelum ini aku tidak mempercayai cinta kerana bagi aku lelaki ini hanya akan memusnahkan wanita sahaja. hadirnya mereka hanya untuk menyusahkan kaum hawa. keadaan ini ditambah lagi dengan keadaan abang aku yg gemar mempermainkan hati wanita. jadi, aku menutup hati aku bagi insan bernama lelaki...

Itulah pegangan yang aku pegang apabila aku menjejakkan kaki ke Universiti Pendidikan Sultan Idris.. Aku tidak mahu kecundang di tangan seorang lelaki. Aku tidak harus tunduk kepada lelaki. Alhamdulillah, 2 taun aku berada di UPSI, aku berjaya mempertahankan diri aku untuk terus jatuh cinta pada lelaki. Malah aku sendiri menyekat diri aku untuk membenarkan diri aku didekati oleh insan yang bernama lelaki. Biarlah aku hidup sendirian dahulu....Pelajaran lagi penting...itu yang aku mahu lakukan..

Aku melangkah ke Kolej Aminuddin Baki dan mendapat kawan yang terbaik bagi aku...Nina, Imah, Yana, Kam, Kiki, Mama, Aina, Aida n Kiah....aku bahagia sangat2 time ni...bagi aku, kawan aku lebih penting dan aku tidak perlukan lelaki lagi...Aku juga berkawan dengan faiz yang aku rasakan sangat baik dan mudah untuk dibawa berbincang.. Aku senang berkawan dengannya namun dia hanya teman aku.. Tiada maksud lain..

Ketika di semester satu ini, aku mula merapatkan diri dengan Aida. Kemana sahaja aku pergi, aku akan bersama dengannya. Semua ini berlaku apabila aku merasakan dia memahami apa yang aku rasakan. Sebenarnya, aku menjadi Kliennya dan aku terus menceritakan kepadanya bahawa aku tidak sukakan UPSI. Aku tidak mahu menuntut di UPSI. UPSi bagi aku tidak dapat memberikan aku jaminan pekerjaan walaupun keluarga aku sangat mengharapkan aku menjadi seorang guru.

aku sedar semua ini xp hati aku untuk UPM bersama2 dengan kawan baikku Adni. Aku mahu berada di sana bersama dengan kawan-kawan ku yang lain. tanoa aku menyedari yang Dia telah mengaturkan yang terbaik buat aku. setelah tiga sesi dijalankan, barulah aku faham dan mendapat celik akal kenapa aku ditakdirkan menuntut ilmu di UPSI ini. Aku mula menerima hakikat dan bersyukur dengan ketentuannya..

i'm back

Dah lama aku tidak menjengah laman blog kesayangan aku ini.....terlalu sibuk dengan tugasan seharian sampaikan aku sendiri terus lupa akan password blog ku ini.....xp kini aku akan kembali dan terus berkawan dengan blog ini....

kini aku berseorangan..dulu aku mempunyai teman yang blh dikatakan sebagai teman lelaki xp disebabkan sedikit salah faham dan jarak menyebabkan hubungan aku dengan dia tamat....sukar untuk aku terima kenyataan ini xp inilah hakikatnya...

ermmm...banyak pulak tugasan ak ptg ini...xpe lah, kita sambung lain kali...malam ini pasti aku akan menemanimu...

Sabtu, 5 September 2009

baru kini ku sedari.....




assalamualaikum.....ermm..dah lama rasenya ak xmencoretkan warkah dalam blog ni...bukan xnak, xp xde ape yang nak dikongsikan bersama....huhu....tetiba pulak hari ni rajin je tangan ni bukak blog sementara menunggu page tv3 bukak....nk tengok nur kasih ep 15...peminat setia la katakan....hehehe
sem ni, banyak benda yang menanti...walaupun tesis ak nampak senang je nak cari sampelnya xp masalah lain pulak timbul....ak xder kenderaan nk g sana...macam mana ek...? ni pun nasib baik ak dah minta tolong kawan baik ak 'aina' edar soal selidik kat umah anak yatim yang die wat program...thanks cuyunk.....
ermm....sepanjang 7 sem ak berada di sini merangkap 3 tahun setengah menumpang d KAB ni, macam2 yang ak pelajari...erti persahabatan, erti perhubungan, erti kasih sayang, erti keseronokan dan banyak lagi la...
paling ak tidak dapat lupakan semasa berada di rumah A406(nina, mama, kiki,kam dan imah yb)...memang sangatttt besstttt....ak ingatkan setahun itu je ak dapat merasainya tetapi ia kembali berubah bila ak tinggal di B203 (iniey, yana, mamamia, nad, dan sal)...sangat menyeronokkan...banyak yang kami lakukan bersama...mereka ini memang kawan dan sahabat yang baik....ak harap mereka ini semua ingat akan memori yang pernah tercipta bersama....jangan sampai dah ada yang lain, lupa yang lama....namamu kekal dalam hati....
thanxs juga buat teman2 yang hadir dalam hidup ak dan mewarnai kehidupanku seperti pelangi..banyak rahsia terbongkar dan kekal menjadi misteri dalam lipatan sejarah masing2.
thanx buat aina, yana, kam, baby, nad, mai, kiki, nina, mama, sue, fais, aida dan imah....kamu semua memang bestttt.....

Isnin, 6 April 2009

salam kawan2...

kini ak mengerti kenapa temanku
kembali mencoretkan tintanya kembali...

walaupun ak kabur dengan persoalannya,
namun ak tahu itulah dirinya..

mungkin banyak hal telah berlaku...
warna-warni silih berganti..
kadang2 putih...kadang2 hitam...kadang2 kelam...
yang paling seronok bila ia bewarna-warni....
seronok sangat...

tapi...
segalanya berlalu tanpa kita menyedarinya.

warna ini pergi jauh..
.sukar untuk menemui jalan kembali.....

akhirnya masing2 dengan haluan sendiri...
pedih, perit, kecewa, hampa, menyesal, keliru dll....
semuanya menyakitkan....
tambah menyakitkan bila kita tak dihargai...

rupanya kehadiran kita sebagai noda hitam
yang merosakkan warna yang sedia ada
kitalah perosak tona warna tersebut....
selama ini kita sangka kitalah penyerinya....
perasan kan kita ni..???
kita mudah berasa puas..
akhirnya diri sendiri yang menyesal...
luka ini sukar untuk diubati....
biarpun ia disapu ubat namun belum tentu
ia akan pulih sepenuhnya...
lukanya dalam...tak nampak...
tapi...
sekali lagi terluka,
lukanya semakin dalam

tapi mereka tetap tak menyedarinya...
dipadamkan kata2 itu
tidak dapat mengubah segalanya...
segalanya telah diluahkan...
itu coretan dari kata hati,
perasaan tulen seorang insan
ingatlah 'kata hati adalah yang terbaik
dibandingkan dengan kata2 yang lahir dari mulut'

apa yang ak dapat simpulkan...
xperlulah ak kesahkan..
xperlulah ak harapkan lagi....
masing2 dengan haluan masing2...
biarpun ia bukan lahir dari mulut...
tapi cukuplah dengan secoret ketidakpuasan hati
mungkin kita puas
tapi,
bagaimana dengan yang lain..?

banyak mata yang melihat,
banyak mata yang mengata,
banyak fitnah turut dilontarkan,
sesetengah hati akan terasa...
xsangka, niat yang baik
tapi di sangka menyusahkan...
mungkin sampai disini sahaja...
di sini sahaja
........................................................




'carilah ketengan yg kamu cari
ambiklah masa yg kamu perlukan
tapi....cukuplah sampai disini
pelabuhanku tidak membawa erti
mungkin yg lain lebih perlukan ak
satu pesananku
"hargailah apa yg kita ada, jgn calarkan
dgn ketidakpuasan hati kita sdr"
manusia sentiasa melakukan kesilapan
bangkitlah,
bangunlah,
hanya itu yg terbaik'



Jumaat, 20 Mac 2009

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

JANUARI 01-09 ~ ANJING

JANUARI 10-24 ~ TIKUS

JANUARI 25-31 ~ SINGA

FEBRUARI 01-05 ~ KUCING

FEBRUARI 06-14 ~ MERPATI

FEBRUARI 15-21 ~ KURA-KURA

FEBRUARI 22-28 ~ HARIMAU BINTANG

MAC 01-12 ~ MONYET

MAC 13-15 ~ SINGA

MAC 16-23 ~ TIKUS

MAC 24-31 ~ KUCING

APRIL 01-03 ~ ANJING

APRIL 04-14 ~ HARIMAU BINTANG

APRIL 15-26 ~ TIKUS

APRIL 27-30 ~ KURA-KURA

MEI 01-13 ~ MONYET

MEI 14-21 ~ MERPATI

MEI 22-31 ~ SINGA

JUN 01-03 ~ TIKUS

JUN 04-14 ~ KURA-KURA

JUN 15-20 ~ ANJING

JUN 21-24 ~ MONYET

JUN 25-30 ~ KUCING

JUL 01-09 ~ TIKUS

JULAI 10-15 ~ ANJING

JULAI 16-26 ~ MERPATI

JULAI 27-31 ~ KUCING

OGAS 01-15 ~ MONYET

OGOS 16-25 ~ TIKUS

OGOS 26-31 ~ KURA-KURA

SEPTEMBER 01-14 ~ MERPATI

SEPTEMBER 15-27 ~ KUCING

SEPTEMBER 28-30 ~ ANJING

OKTOBER 01-15 ~ MONYET

OKTOBER 16-27 ~ KURA-KURA

OKTOBER 28-31 ~ HARIMAU BINTANG

NOVEMBER 01-16 ~ SINGA

NOVEMBER 17-30 ~ KUCING

DISEMBER 01-16 ~ ANJING


DISEMBER 17-25 ~ MONYET

DISEMBER 26-31 ~ MERPATI




Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-temanyang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.


Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.


Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi norma, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka
yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa
akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.


Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!



Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri.. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. HmmmâEURO|kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.


Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu
bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.


Yang Mana satu personaliti Anda???

Rabu, 18 Mac 2009

erti sebuah kehidupan

Dah lama aku xmenjengah ke blog ini....sibuk + busy.......
xtaw nk tulis ape lagi.....
ha, aku ada satu kemusykilan...
nak minta pendapat rakan-rakan sekalian
ermmm......
apa yang paling penting dalam kehidupan anda sekarang?
money...?
kasih sayang...?
cinta....?
ibu bapa....?
kerjaya....?
kawan....?
keluarga.....?
keseronokan....?

p/s ;: sila bagi respon anda........