Catatan Popular

Sabtu, 23 Oktober 2010

cinta aq...(bab 1)

kali pertama aku merasai cinta...aku sendiri tidak pasti cinta ini wujud dalam diri aku...jika sebelum ini aku tidak mempercayai cinta kerana bagi aku lelaki ini hanya akan memusnahkan wanita sahaja. hadirnya mereka hanya untuk menyusahkan kaum hawa. keadaan ini ditambah lagi dengan keadaan abang aku yg gemar mempermainkan hati wanita. jadi, aku menutup hati aku bagi insan bernama lelaki...

Itulah pegangan yang aku pegang apabila aku menjejakkan kaki ke Universiti Pendidikan Sultan Idris.. Aku tidak mahu kecundang di tangan seorang lelaki. Aku tidak harus tunduk kepada lelaki. Alhamdulillah, 2 taun aku berada di UPSI, aku berjaya mempertahankan diri aku untuk terus jatuh cinta pada lelaki. Malah aku sendiri menyekat diri aku untuk membenarkan diri aku didekati oleh insan yang bernama lelaki. Biarlah aku hidup sendirian dahulu....Pelajaran lagi penting...itu yang aku mahu lakukan..

Aku melangkah ke Kolej Aminuddin Baki dan mendapat kawan yang terbaik bagi aku...Nina, Imah, Yana, Kam, Kiki, Mama, Aina, Aida n Kiah....aku bahagia sangat2 time ni...bagi aku, kawan aku lebih penting dan aku tidak perlukan lelaki lagi...Aku juga berkawan dengan faiz yang aku rasakan sangat baik dan mudah untuk dibawa berbincang.. Aku senang berkawan dengannya namun dia hanya teman aku.. Tiada maksud lain..

Ketika di semester satu ini, aku mula merapatkan diri dengan Aida. Kemana sahaja aku pergi, aku akan bersama dengannya. Semua ini berlaku apabila aku merasakan dia memahami apa yang aku rasakan. Sebenarnya, aku menjadi Kliennya dan aku terus menceritakan kepadanya bahawa aku tidak sukakan UPSI. Aku tidak mahu menuntut di UPSI. UPSi bagi aku tidak dapat memberikan aku jaminan pekerjaan walaupun keluarga aku sangat mengharapkan aku menjadi seorang guru.

aku sedar semua ini xp hati aku untuk UPM bersama2 dengan kawan baikku Adni. Aku mahu berada di sana bersama dengan kawan-kawan ku yang lain. tanoa aku menyedari yang Dia telah mengaturkan yang terbaik buat aku. setelah tiga sesi dijalankan, barulah aku faham dan mendapat celik akal kenapa aku ditakdirkan menuntut ilmu di UPSI ini. Aku mula menerima hakikat dan bersyukur dengan ketentuannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan