Catatan Popular

Jumaat, 23 Januari 2009

hidup bukan rahsia

Siapa saya? Saya hanyalah insan biasa yang selalu melakukan kesilapan di atas muka bumi ini. Saya dilahirkan pada bulan mac 1985 dan kini telah berusia 24 tahun. Dah tua rupanya saya ni! Jadi, kena bertindak berfkir seperti orang tua la jugak. Ini kali pertama saya membuat blog, jadi saya amat membutuhkan tunjuk ajar daripada kawan-kawan semua. Saya juga mahu merasai pengalaman seperti orang lain jugak yang pantas dan bijak dalam mencipta blog mereka sendiri biarpun mendapat sibuk dengan kekangan tugas dan masa.

Biarlah saya memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya yang sebenarnya. Saya merupakan pelajar mahasiswa tahun 3 yang masih lagi menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam pengkhususan Bimbingan dan Kunseling. Insyaallah, dengan izinnya, saya bakal bergelar seorang kaunselor di sekolah tidak lama lagi. Tak sabar rasanya mahu menghabiskan pengajian ini dan mahu mencuba alam pekerjaan yang lebih mencabar di luar sana. Selain itu, saya adalah anak kelima dan anak tengah dalam keluarga saya yang terdiri 9 orang adik beradik. Seramai dua orang adik saya masih belajar di sekolah menengah dan seorang masih menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Saya juga berasal dari sebuah keluarga yang sederhana namun penuh dengan kasih sayang dan kegembiraan. Hidup ini haruslah dinikmati biarpun ada kepahitan di dalamnya. Bukan mudah mencipta satu kebahagiaan, jadi hargailah apa yang kita ada sekarang.

1 ulasan:

  1. dulu.....saya bercita2 tuk menjadi seorang kaunselor
    tapi nampaknya impian tidak menjadi kenyataan coz saya skrg amik course len
    so rasanya nice kalau saya dpt make fren wit bakal kaunselor
    tu pun kalau sudi
    hehehe

    BalasPadam