Catatan Popular

Rabu, 11 Februari 2009

reNungAn BerSaMa

Renungan kita bersama....

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang
benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum
tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum
tentu bagus.

Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan
suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak anda berbicara tentang diri sendiri,
semakin banyak pula kemungkinan untuk anda berbohong.
Jika anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah
orang yang baik.

Seorang teman sejati akan membuat anda hangat dengan
kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan
mengingati anda dalam doa-doanya.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat
orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan
keberanian pada orang yang ketakutan.

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita
terima kelak.

Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah,
namun juga menghangatkan jiwa.

Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta
daripada memiliki semua bintang di langit.

Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi
bagaimana kita hidup.

Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.

Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai
diri sendiri.

Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi
jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan
untuk diingat-ingat.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk
dihadapi.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan
banyak persahabatan.

Lidah anda yang menentukan siapa anda.

Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi
cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia
menghampiri.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah
dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah
perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu
adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.

Jika anda tidak memulai hari ini dengan senyuman,
belum terlambat untuk mencobanya pada hari esok.

Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan
biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya

Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru
kita sadari setelah kita kehilangannya

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di
dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau
lupa akan bait-baitnya

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu
kita susah

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.
Karana semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat
kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat
keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan
membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mahu belajar dari
kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang
berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah

Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk
masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak
memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang
dihina itu sebenarnya memungut pahala *****-cuma tanpa
perlu bersusah payah

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan
ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah
dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka
kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka
banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka
keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka
tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta
keindahannya

Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih
keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih
pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.
Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia
dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh
semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh
sebagiannya

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.
Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.
Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

Sekali tidak berhasil bukan berarti gagal selamanya

Kebahagiaan takkan pernah bisa dibeli dengan uang

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan
dihina.
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti
menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti
kehormatan dirinya akan terjaga

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi
Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari
cahaya.
Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam
menetapkan hukum
baik kepada rakyat maupun kepada keluarga

Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak
tentram
dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk

Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan
amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan
menderma.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan
kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang
ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan
dan keamanan

Rabu, 4 Februari 2009

Tabiat buruk yang perlu dielakkan ketika ingin membina kerjaya:




  1. Jangan menolak tugas
  • Sikap negatif enggan menerima tugas yang dirasakan susah atau tidak mahu bertugas di luar daerah perlu dielakkan. Jika asyik memilih tugas, impian untuk bejaya dalam kerjaya hanya akan tinggal angan-angan.

  1. Suka menangguhkan kerja
  • Selesaikan tugasan secepat mungkin dan elakkan menangguh kerja untuk tempoh lama kerana beban kerja semakin hari semakin bertambah.

  1. Salah guna harta syarikat
  • Jangan suka menggunakan harta syarikat seperti telefon, mesin fotokopi, melayai internet sewenag-wenangnya. Kita juga perlu mengamalkan sikap amanah dan bertanggungjawab ketika bekerja.

  1. Bergosip dan berpuak-puak
  • Sikap negaitif ini tidak membawa faedah kerana membuang masa dan mengundang konflik sesama rakan sekerja.

  1. Datang lewat
  • Disiplin amat tinggi bagi menentukan hala tuju hidup, jika gagal mengawal disiplin untuk menepati waktu, anda mungkin menghadapi masalah disiplin yang kritikal.

Selasa, 3 Februari 2009

Hari2 yanG penat

Assalamualaikum wbt.....

Bersua kita kemabli dalam blog ana ini. Hari ini (3 Feb 09) merupakan cuti jubli Perak bagi negeri Perak ni tapi ana tetap tidak dapat bercuti...huhuhu......penat pulak rasenya hari ni..ermm..jadual ana hari ni ckup padat dan sendat.........seawal jam 9 pagi lagi dah kena bangun...itupun nasib baik cik rama-rama yang datang kejutkan...hehehe..biasala la, henset dimatikan....konon-kononnya tak nak gangguan la.....alih-alih kena bangun jugak untuk daftar makmal kaunseling kelompok...nasib baik nama ana dah didaftarkan oleh uncle faizz yang cukup rajin tue...kalo tak, faham-faham jer la.....susah nak dapat tarikh yang sesuai....ana tetap pergi jugak sekadar untuk melihat hari makmal ana...ermm.....ana sekali lagi la makmal dengan hati ini, kemboja, in star, sinchanrin dan ramai lagi la....heheh....tak ingat la nama yang lain...

Balik dari fakulti, ana dengan muslim pergi la kat citra grafik.....lama pulak duk pilih plak kat situ..ermm..masalah pulak timbul bila kami berdua tak ingat nama program untuk minggu ni..cik kemboja pun telefon la sana-sini tanya nama program......huhu...hampaa......semua tak tahu...hehehe.....boleh pulak cam tue ek...? ape2 je la...kami pun tempah yang simple2 jer...


Kami sempat la singgah beli lauk kat selera kampung kat depan kampus tue...malas nak berjalan ke cafe..nasib baik la restoran ni murah jer makanan untuk hari ni..
ana tak biasa sangat beli makanan kat restoran ni...tapi dah malas nak g cafe........ape boleh buat...beli jer la..

Sampai jer rumah, ana terus pergi ke perbincangan untuk program pengurusan nie...penat la jugak...tapi kan dah janji pukul 11, itu pun ana dan cik kemboja dah lewat..sory2 la semua.....tersengaja......


Duduk la bertapa kat situ......berapa jam ah?? huhuhu

balik solat dan makan jer..pas tue pegi pulak...penat la jugak....balik2 dah pukul 5.15 petang....
solat jap pastu baru rehat....mata nk mengantuk dah nie.....huhuhu
malam ni awal lagi la ana beradu ni...

teringat pulak kat blog ni...bukak la kejap..post mane2 yang patut...heheh......
nanti ana letak gambar yang ana n the gang buat banner k...

Jumaat, 23 Januari 2009

hidup bukan rahsia

Siapa saya? Saya hanyalah insan biasa yang selalu melakukan kesilapan di atas muka bumi ini. Saya dilahirkan pada bulan mac 1985 dan kini telah berusia 24 tahun. Dah tua rupanya saya ni! Jadi, kena bertindak berfkir seperti orang tua la jugak. Ini kali pertama saya membuat blog, jadi saya amat membutuhkan tunjuk ajar daripada kawan-kawan semua. Saya juga mahu merasai pengalaman seperti orang lain jugak yang pantas dan bijak dalam mencipta blog mereka sendiri biarpun mendapat sibuk dengan kekangan tugas dan masa.

Biarlah saya memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya yang sebenarnya. Saya merupakan pelajar mahasiswa tahun 3 yang masih lagi menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam pengkhususan Bimbingan dan Kunseling. Insyaallah, dengan izinnya, saya bakal bergelar seorang kaunselor di sekolah tidak lama lagi. Tak sabar rasanya mahu menghabiskan pengajian ini dan mahu mencuba alam pekerjaan yang lebih mencabar di luar sana. Selain itu, saya adalah anak kelima dan anak tengah dalam keluarga saya yang terdiri 9 orang adik beradik. Seramai dua orang adik saya masih belajar di sekolah menengah dan seorang masih menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Saya juga berasal dari sebuah keluarga yang sederhana namun penuh dengan kasih sayang dan kegembiraan. Hidup ini haruslah dinikmati biarpun ada kepahitan di dalamnya. Bukan mudah mencipta satu kebahagiaan, jadi hargailah apa yang kita ada sekarang.